23 Mei 2017 - 19:27
Duterte Isytihar Undang-Undang Tentera Di Mindanao

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Kota Marawi, Mindanao, selatan negara itu semalam selepas berlaku pertempuran sengit di antara tentera dan militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Kota Marawi, Mindanao, selatan negara itu semalam selepas berlaku pertempuran sengit di antara tentera dan militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.

Jurucakap Presiden, Ernesto Abella membuat pengumuman itu di Moscow, ketika Duterte mengunjungi negara berkenaan.

Dalam satu sidang media yang disiarkan di televisyen, Menteri Luar Filipina, Alan Peter Cayetano berkata, pertemuan Duterte dengan Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev, hari ini dibatalkan. - Reuters